Dr Menon, Pengamal Pergigian, Kuala Lumpur

Pengalaman saya dan penggunaan Oradex di klinik saya

Saya telah menggunakan ubat kumur mulut berasaskan chlorhexidine dan bebas alkohol ini sejak ia mula diperkenalkan di pasaran. Berikut adalah antara beberapa kegunaan produk ini dalam prosedur rawatan saya.

1. PENCABUTAN GIGI DAN PROSEDUR PEMBEDAHAN

Sebagai prosedur standard, semua pesakit saya perlu membersihkan mulut dengan berkumur menggunakan Oradex sebelum suntikan ubat kebas. Malah, dalam kes-kes di mana agak sukar untuk memantau kebersihan, Oradex memang berkesan untuk menghalang jangkitan dan juga mengurangkan bau mulut termasuk bau mulut perokok. Saya juga menggunakannya dalam semua kes pembedahan dan selepas sesetengah kes pencabutan gigi. Ia terbukti amat bermanfaat untuk mempercepatkan penyembuhan, berbanding waktu-waktu yang lampau sebelum saya mula menggunakan ubat kumur mulut.

2. PROSEDUR PERIODONTAL

Penggunaan Oradex sebelum proses mencuci gigi atau prosedur periodontal mengurangkan bau mulut yang lazimnya dikaitkan dengan kes-kes sedemikian, sekaligus memudahkan tugas doktor dan pembantunya. Penggunaannya yang berterusan selepas prosedur rawatan ini berupaya merangsang penyembuhan tisu-tisu periodontal dengan ketara.

Dalam kes-kes periodontitis kronik yang turut melibatkan pembentukan plak dan tartar yang sangat cepat, penggunaan harian ORADEX EVERYDAY bersama amalan kebersihan mulut yang sempurna ternyata mampu meningkatkan status kesihatan tisu-tisu periodontal dengan ketara. Pesakit biasanya akan berasa sangat gembira kerana Oradex memudahkan penjagaan tisu periodontal atau gusi mereka.

3. PROSEDUR ORAL YANG MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK DILAKSANAKAN

Selepas pemasangan korona, jambatan gigi serta alat pendakap ortodontik yang sering memakan masa yang lama, penggunaan ubat kumur mulut Oradex ternyata mampu melegakan kesakitan. Pesakit tidak perlu mengambil sebarang ubat tahan sakit apabila mereka pulang ke rumah.

Dr Dasan, Pakar Perunding Periodontik, Kuala Lumpur

Saya telah mempreskripsikan Oradex kepada para pesakit saya sejak 10 tahun yang lalu untuk pelbagai indikasi seperti berikut:

1. Pesakit yang telah menjalani prosedur pembedahan mulut seperti pencabutan gigi, pembedahan periodontal dan pembedahan dento alveolar akan dipreskripsikan Oradex sebelum dan selepas prosedur bagi mengurangkan pencemaran bakteria. Malah, pesakit dinasihatkan untuk meneruskan penggunaannya sehingga mereka berupaya memberus gigi atau melakukan prosedur kebersihan mulut dengan sempurna selepas pembedahan.

2. Pesakit yang mengalami sistem imun yang lemah, menghidap gingivitis/periodontitis yang teruk dan tidak mampu melaksanakan prosedur kebersihan akan diberikan Oradex bagi mengawal jangkitan bakteria, lazimnya selepas disinfeksi mekanikal seluruh mulut (proses mencuci gigi).

3. Sebagai salah satu langkah untuk mengawal jangkitan, Oradex digunakan sebagai ubat kumur mulut untuk mengurangkan paras bakteria/virus sebelum sebarang prosedur dijalankan terhadap pesakit Hepatitis B/HIV.

4. Saya mempreskripsikan Oradex kepada pesakit yang ingin merawat ulser mulut kerana ia berkesan untuk mengurangkan keterukan (kesakitan), tempoh ulser dan jangkitan sekunder dalam ulser sebegini.

5. Saya gemar menggunakan Oradex sebagai agen antiseptik untuk menyahjangkit tempat pembedahan dan kawasan sekitarnya sebelum mula melakukan sebarang prosedur pembedahan.

Yang tersebut adalah beberapa situasi di mana saya menggunakan Oradex dan saya pasti rakan-rakan sekerja di Fakulti juga akan memberikan pendapat yang sama.
Dr Taj, Pengamal Perubatan, Penang
"Saya sering mengesyorkan Oradex sebagai ubat kumur untuk masalah sakit tekak terutamanya bagi pesakit yang menunjukkan simptom-simptom demam selesema. Bagi saya, ia sangat efektif, malah dapat membantu mengurangkan jangkitan sekunder di dalam mulut dan tekak."
Dr CK Koh, Pakar Perubatan, Kuala Lumpur

"Selepas bertukar kepada ubat kumur mulut Oradex yang lebih berkesan dan selesa digunakan, saya terus mengesyorkannya kepada ahli-ahli keluarga, rakan-rakan dan pesakit untuk penjagaan mulut mereka. Bagi mereka yang dijangkiti selesema, ubat kumur mulut ini sangat berkesan untuk mengurangkan jangkitan oral dan menghalang penyebaran kuman semasa batuk. Seluruh keluarga saya kini menggunakan Oradex Vitamin Toothpaste. Kami amat berpuas hati kerana ia berkesan menguatkan gigi dan gusi."