Antibacterial Mouthwash

*** Terbukti Secara Klinikal ***

 

Penyakit gusi berlaku secara senyap tanpa sebarang tanda amaran, gejala atau kesakitan sehingga ia melarat ke peringkat yang teruk. Apabila penyakit ini bermula, ia tidak akan sembuh sehingga dirawat dengan sewajarnya. Empat daripada lima remaja dan orang dewasa menghadapi masalah ini, namun kebanyakan orang tidak menyedarinya langsung!

 

Ciri-Ciri Produk

  • Dengan tindakan yang pantas dan terbukti berkesan menentang mikroorganisme dalam mulut, ubat kumur mulut Chlorhexidine sememangnya merupakan pilihan #1 doktor-doktor gigi. Antiseptik oral berstatus "Emas" ini dilengkapi spektrum yang luas bagi menentang bakteris, yis, kulat, sesetengah protozoa, alga dan virus. Chlorhexidine mempunyai keberkesanan intrinsik yang tinggi dan tindakan "residual" yang mampu bertahan lama.
  • Oradex Antibacterial Mouthwash mengandungi 0.12% Chlorhexidine Gluconate, tanpa alkohol dan paraben. Ia adalah pilihan utama bagi mencegah dan merawat penyakit periodontal, gusi bengkak dan berdarah, ulser mulut serta pelbagai jangkitan mulut dan tekak.

Penggunaan & Manfaat

  • Mencegah pembentukan plak gigi
  • Merawat gingivitis, ulser mulut, sakit tekak
  • Mempercepatkan penyembuhan selepas pembedahan mulut, implan gigi, pencabutan gigi dan pembedahan periodontal
  • Mengawal jangkitan dan mengurangkan risiko bahan cemar aerosol (bawaan udara) semasa pembedahan gigi
  • Sesuai untuk semua peringkat umur dan mereka yang sensitif terhadap alkohol
  • Mudah digunakan, melegakan dan menyegarkan mulut tanpa sebarang rasa ketidakselesaan akibat kandungan alkohol.

Dual Action Gargle & Rinse

Penyakit periodontal melibatkan keradangan yang boleh meningkatkan paras Protein C-Reaktif (CRP), iaitu bahan yang sering dihubung kaitkan dengan penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, kanser, penyakit Alzheimer dan lain-lain. Mulut adalah pintu masuk utama ke seluruh tubuh.

 

Ciri-Ciri Produk

  • Ubat kumur mulut yang dirumus dengan Hexetidine dan Thymol terbukti berkesan menentang bakteria di dalam mulut dan tekak.
  • Oradex Dual Action Gargle & Rinse mengandungi 0.10% Hexetidine dan 0.10% Thymol, tanpa alkohol dan paraben. Formula khas ini memberikan perlindungan antibakteria tambahan sambil melegakan dan menyegarkan mulut dan tekak. Gunakannya sebagai amalan penjagaan harian anda untuk kesihatan oral dan kesihatan keseluruhan yang lebih sempurna.

Manfaat & Kegunaan

  • Melegakan simptom-simptom sakit tekak dan jangkitan membran mukosa mulut oleh bakteria dan kulat termasuk ulser mulut.
  • Mengurangkan jangkitan dan mempercepatkan pemulihan selepas rawatan pergigian dan pembedahan kecil pada mulut.
  • Sesuai untuk pengguna berusia enam tahun dan ke atas.
  • Perisa pudina yang segar dan menyamankan tanpa kesan alkohol yang memedihkan mulut.

Everyday Antiseptic Mouthwash

Penyakit periodontal telah mengambil alih tempat karies gigi sebagai punca utama kehilangan gigi. Tanpa kesihatan gusi yang memuaskan, anda tidak akan dapat menikmati kesihatan keseluruhan tubuh yang baik.

 

Ciri-Ciri Produk

  • Dengan tindakan yang pantas dan terbukti berkesan menentang mikroorganisme dalam mulut, ubat kumur mulut Chlorhexidine sememangnya merupakan pilihan #1 doktor-doktor gigi. Antiseptik oral berstatus "Emas" ini dilengkapi spektrum luas bagi menentang bakteris, yis, kulat, sesetengah protozoa, alga dan virus. Chlorhexidine mempunyai keberkesanan intrinsik yang tinggi dan tindakan "residual" yang mampu bertahan lama.
  • Oradex Everyday Mouthwash mengandungi 0.06% Chlorhexidine Gluconate, tanpa alkohol dan paraben. Ia adalah pilihan harian yang terbaik bagi menghalang dan merawat penyakit gusi peringkat awal serta masalah gusi berdarah semasa memberus gigi..

Manfaat & Kegunaan

  • Perlindungan gigi dan gusi
  • Ketidakselesaan mulut dan tekak
  • Halitosis atau nafas berbau
  • Penjagaan ortodontik
  • Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk mereka yang sensitif terhadap alkohol
  • Mudah digunakan, melegakan dan menyegarkan mulut tanpa sebarang rasa ketidakselesaan akibat kandungan alkohol

Sensitive Teeth Mouthwash

Kelegaan serta-merta daripada kesakitan bagi gigi hipersensitif. Dirumus dalam bentuk cecair agar ia dapat meliputi seluruh rongga mulut dengan cepat dan mudah. Doktor-doktor gigi menggunakannya selepas prosedur rawatan gigi yang boleh menyebabkan gigi menjadi sensitif, seperti pemutihan gigi, pemasangan korona dan jambatan gigi, proses mencuci gigi dan sebagainya.

 

Ciri-Ciri Produk

  • Ubat kumur mulut yang dirumus dengan Kalium Nitrat dan Sodium Fluorida terbukti berkesan melegakan kesakitan akibat hipersensitiviti gigi dengan serta-merta.
  • Oradex Sensitive Mouthwash mengandungi 5% Kalium Nitrat dan 0.05% Sodium Fluorida serta bebas alkohol. Cecair yang dapat mengurangkan gigi sensitif ini bertindak pantas dengan meliputi seluruh bahagian mulut termasuk ruang antara gigi dan rongga di bawah garisan gusi.

Kegunaan

  • Gigi dan gusi sensitif (disebabkan memberus gigi, makanan dan minuman yang sejuk atau manis)
  • Sakit gigi dan gusi.
  • Hipersensitiviti gigi disebabkan prosedur rawatan gigi seperti pemutihan gigi, cucian plak gigi dan semasa pemasangan korona dan jambatan gigi.

Smokers' Mouthwash

Perokok adalah 4X lebih mudah dijangkiti penyakit periodontal atau penyakit gusi. Selain mencetuskan keradangan, merokok juga sering dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, paru-paru, kanser, Alzheimer, atherosklerosis dan penebalan dinding saluran darah. Jika anda tidak boleh berkata 'tak nak' kepada merokok, pastikan anda menggunakan ubat kumur mulut yang terbaik, terutama yang dirumus khas untuk digunakan selepas menggosok gigi.

 

Ciri-Ciri Produk

  • Ubat kumur mulut yang dirumus dengan Chlorhexidine serta Thymol terbukti berkesan menentang bakteria di dalam mulut dan tekak.
  • Ubat kumur mulut Oradex Smokers mengandungi 0.10% Chlorhexidine dan 0.10% Thymol, tanpa alkohol dan juga paraben. Ia memberikan perlindungan antiseptik tambahan serta mampu menentang pengumpulan bakteria di dalam mulut dan tekak. Ideal untuk perokok yang lebih berisiko terhadap masalah mulut dan kesihatan keseluruhan yang kurang memuaskan.

Manfaat & Kegunaan

  • Untuk menjaga kesihatan mulut dan kesihatan seluruh tubuh.
  • Mencegah pengumpulan bakteria dalam kahak.
  • Mengurangkan risiko jangkitan di dalam tekak dan saluran pernafasan.
  • Sesuai untuk pengguna yang berusia enam tahun dan ke atas.
  • Perisa pudina yang menyegarkan dan menyamankan tanpa kesan alkohol yang memedihkan mulut.

Vitamin Toothpaste

 

 

Gusi juga memerlukan belaian dan kasih sayang! Selain memerlukan vitamin yang secukupnya bagi memelihara, memperbaharui dan menguatkan tisu-tisu, gusi untuk perlu diurut bagi memastikan pengaliran darah yang baik dan menggalakkan penyembuhan susulan masalah gusi. Amalan ini adalah penting kerana kajian WHO yang terbaharu menunjukkan bahawa penyakit gusi telah mengambil alih tempat karies gigi sebagai punca utama kehilangan gigi.

Ciri-Ciri Produk

  • Ubat gigi berkonsep baharu yang bertindak pantas untuk menyembuhkan mukosa oral dan gusi.
  • Oradex Periondontal Vitamin Toothpaste dirumus dengan beberapa vitamin penting bagi memelihara, menguatkan dan memperbaharui tisu-tisu gusi. Ia juga dilengkapi paras fluorida yang selamat untuk penjagaan enamel yang optimum.

Kegunaan

  • Memadatkan tisu gusi dan membaiki tisu
  • Sesuai untuk gusi berdarah
  • Untuk penjagaan gigi, gusi dan ortodontik

Antioxidant Toothpaste With Fluoride

 

 

Oradex Antioxidant Toothpaste With Fluoride mengandungi Ekstrak Biji Anggur dan Astaxanthin, dua bahan antioksida semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan, dalam formula unik untuk menguatkan ketahanan sistem kelenjar liur daripada serangan radikal bebas yang berupaya menjejaskan tisu. Ia juga mengurangkan tekanan oksidatif pada tisu-tisu di dalam mulut dan memulihkan setiap lapisan gusi. Ubat gigi antioksida ini mempunyai warna yang asli dan berperisa pudina, seta bertindak pantas untuk melegakan gigi dan gusi, menyamankan mulut dan menyegarkan nafas.


Kegunaan

  • Menentang Radikal Bebas
  • Menyihatkan Gusi
  • Mencegah Kaviti
  • Menyegarkan Nafas

Antibacterial Gel Toothpaste

 

 

Oradex Antibacterial Gel Toothpaste menggunakan formula istimewa Bebas SLS dengan buih yang kurang dan tanpa sebarang pewarna tiruan. Rumusan unik hasil gabungan CPC, sejenis agen antibakteria, Fluorida dan Ekstrak Teh Hijau amat berkesan untuk membasmi kuman, mencegah kaviti dan melindungi gusi agar mulut lebih bersih dan nafas lebih segar sepanjang masa. Ubat gigi dalam bentuk gel ini menggunakan pewarna asli dengan perisa pudina yang nyaman, dan bertindak lembut tanpa merengsakan tisu-tisu sensitif di dalam mulut.

SLS, sejenis agen pembusa, berupaya menerukkan masalah alahan serta menyebabkan sensitiviti dan ulser mulut. Malah, dengan mengeringkan lapisan mukosa yang melindungi mulut, ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria punca bau nafas busuk.


Kegunaan

  • Membasmi Kuman
  • Mencegah Kaviti
  • Melindungi Gusi
  • Menyegarkan Nafas