Visi kami adalah untuk merawat penyakit gusi atau mencegahnya daripada terus melarat dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Walaupun standard kebersihan mulut pada hari ini adalah lebih baik berbanding masa lampau, prevalens penyakit gusi kian meningkat hingga berpotensi mengancam kesihatan seluruh lapisan masyarakat.

Misi kami adalah untuk mendidik dan memperkasa masyarakat dalam menangani penyakit gusi dan menghalangnya daripada menjejaskan fungsi organ-organ lain di dalam tubuh.

Falsafah kami adalah untuk memperkenalkan kesihatan oral yang lebih sempurna dan formula penjagaan oral yang lebih menyeluruh dengan bahan-bahan aktif yang lazimnya menjadi pilihan doktor-doktor pergigian dan pakar perubatan profesional.

Tanggungjawab sosial kami adalah untuk terus meningkatkan status kesihatan oral masyarakat serta menyemai kesedaran yang lebih mendalam mengenai impak penyakit-penyakit oral terhadap kesihatan tubuh secara amnya.